Solleh Al-Fatimi
Filem sains fiksyen terbitan Hollywood, 2012 dinamakan sebagai filem yang mempunyai paling banyak kesalahan fakta sains oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA). Filem arahan, Roland Emmerich itu yang ditayangkan pada 2009 dipilih sebagai filem 'PALING JAHIL dan PENUH KECACATAN DARI SEGI SAINS' dalam satu persidangan di California, Amerika Syarikat.

Memperolehi kutipan sebanyak AS$800 juta (RM 2.45 billion), filem itu mengisahkan mengenai ketibaan hari kiamat yang disebabkan oleh partikel misteri sehingga mengakibatkan bencana besar melanda tempat pelancongan utama dunia.

Wakil NASA, Donald Yeomans berkata filem itu adalah 'contoh LUAR BIASA KEJAHILAN' industri filem Hollywood mengenai sains. "kami menerima banyak soalan sama ada dunia akan berakhir pada 2012 sehingga kami terpaksa membuka laman sesawang khas bagi menjawab isu itu, sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini," katanya.

Filem The Day After Tomorrow, The Sixth Day, Chain Reaction, The Core dan filem terkenal, Armagedon turut terpilih sebagai filem yang mempunyai kesalahan besar dari segi fakta sains.

(Sumber: Akhbar Sinar Harian, Ahad, 9 Januari 2011, halaman N22)

Demikianlah filem barat yang mendapat julukan filem PALING JAHIL, namun sekiranya kita meneliti filem-filem di negara kita ini, Malaysia, maka saya merasakan 'ANUGERAH FILEM PALING JAHIL' ini akan dijulang oleh filem-filem hantu dan seram yang langsung tidak berpijak pada bumi yang nyata. Kerana filem tersebut bukan setakat tiada nilai langsung disisi sains, malah banyak yang bertentangan dengan akidah. Dan mungkin jika tersilap langkah boleh membawa kepada SYIRIK dan MURTAD. Na'uzubillah min dzalik.
Labels: | edit post
0 Responses

Catat Ulasan