Solleh Al-Fatimi
Oleh:
Abu Mujahid
Solleh Razak
Ekonomi: Antara Samarata & Adil ]

Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan al-Bouti rhm. membincangkan hal ini dengan kenyataan berikut:

"Jika diperhatikan, dalam perbahasan kita yang berkaitan dengan ekonomi ini, istilah hak sama rata akan digandingkan dengan istilah keadilan. Yakni, istilah sama rata akan dibataskan dengan sifat adil.

Barangkali tiada keperluan berbuat demikian dalam perbahasan-perbahasan lain, ia hanya berlaku dalam perbahasan kita berkaitan ekonomi.

Ini adalah kerana kesamarataan dalam aspek perundangan dan politik adalah intipati keadaan itu sendiri, sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini.

Namun ia berbeza dalam aspek ekonomi, kerana kemakmuran ekonomi tidak terhasil melainkan dengan usaha, aktiviti dan inovasi mereka. Setiap daripada mereka mempunyai kebolehan masing-masing yang berbeza antara satu dengan yang lain.

Sekiranya anda mengagihkan hasil-hasil daripada keuntungan usaha mereka yang pelbagai itu secara samarata, maka itu adalah suatu kezaliman walaupun daripada pandangan matakasar ia adalah kesamarataan.

Oleh kerana itu, istilah hak sama rata khususnya dalam perbahasan ekonomi harus berdasarkan neraca keadilan."

- Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan al-Bouti, Allah atau Manusia: Siapakah Yang Lebih Berupaya Menjamin Hak-Hak Asasi Manusia?, 20.

Solleh Razak,
14 Januari 2019.
0 Responses

Catat Ulasan