Solleh Al-Fatimi
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT dengan keizinanNya, maka telah terbit buku yang ke-2 saya. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan dan mengurniakan manfaat di sepanjang perjalanan kehidupan ini.


قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : خيركم من تعلم القرأن و علمه

Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik kamu ialah sesiapa yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya”
(Riwayat al-Bukhari, Abu Dawud, al-Tirmizi, Ahmad, Ibn ‘Asakir)


Rakaman Temubual di TV 1 dalam Slot Resensi Buku
http://www.youtube.com/watch?v=nmgvl4RGdWM
Rakaman Temubual di Radio IKIM FM dalam Slot Duniaku Buku

Setiap muslim mengimpikan diri mereka mampu untuk membaca dan memahami al-Quran. Bahkan tidak dinafikan, sebagai seorang muslim juga kita bercita-cita untuk menghafaz kitab suci ini yang menjadi panduan dan petunjuk sepanjang kehidupan di dunia ini. Rasa diri semakin hampir dan dekat dengan Allah SWT apabila membaca al-Quran, lebih terasa hampir dan dekat lagi apabila mampu menghafaz kalam-kalam Allah SWT yang maha mulia. Terasa iman semakin meningkat dan kecintaan kepada Allah SWT semakin menebal.

Lantas, buku SEHINGGA AL-QURAN TERPAHAT DI HATI tampil bagi menyuluh jalan bagi merealisasikan impian dan cita-cita sebagai muslim untuk menghafaz al-Quran. Buku ini dipersembahkan dalam bentuk motivasi dan formula bagi memudahkan kita menghafaz al-Quran. Ya, tanpa formula dan kaedah yang betul dan tepat, suatu pekerjaan yang mudah pun akan menjadi terlalu sukar. Tetapi apabila terdapat formula dan kaedah yang betul dan tepat, segala perkerjaan menjadi semakin mudah sekalipun pada tanggapan awal ia merupakan satu pekerjaan yang sukar.

SASARAN PEMBACA

Buku ini merupakan himpunan motivasi dan formula yang sesuai untuk semua peringkat pembaca. Samada dari golongan kanak-kanak, remaja, dewasa atau pun golongan yang meningkat usia. Sesuai tanpa mengira lelaki dan perempuan. Buku ini bukan dikhususkan kepada golongan yang menghafaz al-Quran secara sepenuh masa sahaja, malah ia turut bersesuaian bagi mereka yang ingin berjinak-jinak untuk menghafaz al-Quran atau pun menghafaz al-Quran secara ‘part-time’.

KANDUNGAN BUKU

Buku ini dibahagikan kepada 4 bahagian:

Bahagian Pertama: Sentuhan Hati dengan al-Quran.

Bahagian ini memberi motivasi kepada pembaca untuk menghafaz al-Quran. Pelbagai perkara dibincangkan, antaranya ialah menghafaz al-Quran merupakan suatu mukjizat, tanggungjawab penghafaz al-Quran, kedudukan dan keistimewaannya di sisi Allah SWT. Turut dimuatkan dalam bahagian ini ialah perjalanan hafazan al-Quran bermula dari langit lagi sehinggalah sampai kepada kita pada hari ini. Satu perbincangan yang membangkitkan lagi motivasi dalam diri untuk menghafaz al-Quran. Tambahan dari itu, didedahkan pengiktirafan dari cendikiawan non-Muslim terhadap al-Quran dan penghafaznya. Turut disentuh tentang hukum menghafaz al-Quran dan maksud menghafaz al-Quran. Dan banyak lagi yang dibincangkan.

Bahagian Kedua: Formula Asas Hafazan

Terdapat sebelas formula yang diterangkan. Formula ini merupakan himpunan kaedah-kaedah yang menjadi satu kemestian yang akan dilalui oleh setiap individu yang ingin menghafaz al-Quran. Ia merupakan ramuan asas yang tidak dapat dipinggirkan. Sekiranya ia kita tidak mengutamakan formula asas ini, maka kita tidak akan mampu untuk menghafaz al-Quran. Dan sekiranya berjaya juga menghafaznya, maka hafazan al-Quran itu akan menjadi bebanan di dunia dan menjadi pendakwa di akhirat, bukannya menjadi penolong dan teman.

Bahagian Ketiga: Formula Pemantapan Hafazan

Formula pemantapan hafazan juga mengandungi sebelas formula penting. Ia merupakan himpunan kaedah-kaedah yang memperkemaskan dan memantapkan lagi hafazan al-Quran. Formula ini membimbing pembaca kaedah-kaedah menghafaz secara khusus. Para pembaca diajar bagaimana untuk memulakan hafazan dan meneruskan hafazan agar proses hafazan tidak tergendala atau putus di tengah jalan. Kaedah yang ditunjukkan sangat membantu memudahkan hafazan dan menyuburkan lagi minat untuk menghafaz al-Quran.

Bahagian Keempat: Tidak Melupakan Al-Quran

Bahagian ini merungkai permasalahan yang sering melanda mereka yang menghafaz al-Quran iaitu lupa. Para pembaca didedahkan faktor-faktor yang menyebabkan gejala ini berlaku dari pelbagai sudut. Ia sangat membantu pembaca mengawasi dan meminimumkan fenomena lupa ini di dalam hafazan al-Quran. Disamping merungkaikan permasalahan ini, para pembaca tidak dibiarkan tanpa panduan untuk mengatasi masalah ini, maka dihidangkan kepada pembaca cara merawat penyakit ini. Disertakan juga ayat-ayat, zikir serta doa yang mampu membantu seseorang penghafaz al-Quran bagi merawat penyakit lupa ini.

KELEBIHAN BUKU INI

1. Ilustrasi yang menarik pembaca untuk membacanya.

2. Bahasa yang mudah difahami dan gaya bahasa yang menyentuh hati.

3. Mengadunkan teknik motivasi dan formula al-Quran yang praktikal untuk semua lapisan masyarakat.

4. Formula hafazan yang dibentangkan bukan sekadar untuk menghafaz al-Quran sahaja, malah mengajak pembaca menghayati dengan mendalam erti menghafaz al-Quran. Menunut pembaca untuk ‘menghidupkan al-Quran’ dalam kehidupan agar roh al-Quran mampu ‘bergerak dan hidup’ dalam kehidupan seharian.

5. Apabila membacanya, membuatkan pembaca tidak sabar untuk menghafaz al-Quran.


MAKLUMAT BUKU:

Judul                : Sehingga al-Quran Terpahat di Hati
Penulis             : Mohd Solleh Bin Abdul Razak
Terbitan           : Telaga Biru Sdn. Bhd
Kod Katalog    : TBBK 1201
Mukasurat        : 314 ms
Harga              : RM 30.00

Labels: , | edit post
3 Responses
  1. A'ina Says:

    Salaamu'alaykum akh solleh,

    Nama ana a'ina. Ana baru-baru ini membaca buku tulisan akh "Sehingga al-Quran Terpahat di Hati" dan merasakan ia benar-benar memberi motivasi kepada ana untuk menghafal qur'an, inshaa allah.

    Akh,
    Ana bersama beberapa akhowat (ummahat) ingin mengajar anak-anak kami sehingga menjadi hafiz quran wa hadith inshaa allah sebelum baligh. Untuk usaha ini, kami sgt menghargai jika akh dapat membantu rekomendasi guru-guru yang sudi membantu merealisasi impian kami dalam mendidik anak menjadi hafiz, dalam erti kata sebenar2 seorang hafiz. Inshaa allah, sebagai ibu-ibu, kami ingin mendidik anak kami dengan sendiri dan tidak menyerahkan tanggungjawab kepada guru-guru dengan menghantar mereka kepada sekolah tahfiz/agama.

    Berbesar hati sekiranya akh dapat berkongsi juga mungkin panduan silibus, jika ada, yang menarik dan menyeronokkan untuk anak-anak umur 2 thn belajar menghafal quran, dengan target, jika boleh, hafiz sebelum baligh. Ibu-ibu yang berminat (termasuk ana) ingin talaqqi ilm menghafaz quran dan belajar ilm-ilm lain yang perlu (tajwid, tafsir etc) untuk bersama-sama mengajar dan menghafaz dengan anak-anak kami.

    Jazakallahu khoir. Boleh sekiranya jika saudara berkesempatan emailkan sbrang perkongsian yang dapat membantu ana dan ummahat lain yang berminat di hurcomel@yahoo.com.



    Min ukht a'ina


  2. hambaJahil Says:

    as salam ust,
    ada sedikit kekeliruan semasa mmembaca buku ini..tentang penggunaan satu mushaf sahaja untuk menghafaz dan penggunaan mushaf kecil,,,mohon tolong bagi pencerahan...tq


  3. hambaJahil Says:
    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

Catat Ulasan