undefined
undefined
Oleh:
Abu Mujahid
Mohd Solleh Ab Razak (MSAR).
Mohd Solleh Ab Razak (MSAR).
إِنَّ
الْحَمْدَ لِلهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِينُ بِهِ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَسْتَهْدِيْهِ
وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِن سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا.
إِنَّهُ مَن يَهْدي اللهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ.
أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ
أَنَّ مُحَمَّداً عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
رَسُولِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
، وَبَعْدُ:
يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْرٌ ذَلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ (26)
يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْرٌ ذَلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ (26)
Maksudnya: “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)”. (Surah al-A’raf 7: 26)

Walau bagaimana pun terdapat perbezaan hak antara lelaki dan wanita,
hal ini berdasarkan perbezaan semula jadi antara lelaki dan wanita yang tidak
dapat dinafikan. Juga berdasarkan perbezaan peranan yang dimainkan oleh mereka.
Ia bertujuan memelihara hak-hak yang telah diberikan kepada kedua-dua jenis.[1]
Darjat yang tinggi di sisi agamalah yang melayakkan para wanita
mendapat layanan yang begitu istimewa. Mereka diibaratkan sebagai permata yang
tersimpan indah lagi mulia. Oleh yang demikian, Islam memberi perhatian yang
lebih terhadap keselamatan, kesucian dan kehormatan wanita. Ia dijaga rapi dan
dijauhkan daripada tangan-tangan kotor yang cuba menodai dan mengganggu gugat
kesuciannya. Antara kaedah yang digunakan bagi merealisasikan matlamat ini
ialah dengan memerintahkan para wanita memakai pakaian yang menutup aurat
secara sempurna. Dengan cara ini, keselamatan, kesucian dan kehormatan seorang
wanita dapat dipertahankan.
Setelah berlalu masa demi masa, pelbagai anasir asing menyelinap
masuk dalam masyarakat Islam dan pemikiran umat Islam sehinggakan wanita
mencari kemuliaan selain daripada Islam. Mereka mengejar kehormatan yang diwarnai
oleh musuh-musuh Islam. Mereka bukan sekadar beralih daripada pakaian
keselamatan, kehormatan dan kesucian mereka, malah meninggalkan pakaian
tersebut dan memilih untuk memakai sesuatu yang berlawanan dengan kehendak
Islam. Lebih menduka citakan apabila mereka berasa begitu bangga dengan pakaian
yang mendedahkan tubuh badan mereka tanpa sedikit pun rasa malu.
Lebih menyedihkan lagi apabila anasir-anasir ini diikuti oleh para
wanita muslimah terutamanya anak-anak muda. Mereka terpengaruh dengan cara
pakaian yang jelas bertentangan dengan syariat Islam. Mereka bukan setakat terpengaruh
dengan cara pemakaian sahaja, mala mereka turut terpengaruh dengan cara
berfikir yang diolah oleh musuh-musuh Islam. Mereka dimomok-momokkan bahawa
pakaian ini memberikan keyakinan diri, kebebasan dan kehormatan diri yang
mutlak. Sedangkan realitinya adalah sebaliknya.
Bertolak dari perkara ini, maka terciptalah -sama ada secara
sengaja atau tidak sengaja- pelbagai alasan sama ada dari sudut keagamaan,
psikologi, pemikiran dan lain-lain bagi mengukuhkan pengaruh mereka. Bahkan turut
merangka alasan bagi melambatkan proses seseorang wanita bertudung dan berpakaian
menutup aurat dengan sempurna. Proses ini tidak terhenti di situ sahaja, malah
ia disebar bagi mempengaruhi wanita. Akhirnya para wanita dijangkiti penyakit
kekeliruan dan kemusykilan.
Kekeliruan dan kemusykilan ini tidak sepatutnya dibiarkan terus
bersarang di dalam fikiran para wanita muslimah. Ia perlu dileraikan dan diberi
pencerahan yang terang agar jalan yang bakal ditempuh adalah jalan yang dipilih
dengan penuh keyakinan. Untuk itu, penulis cuba berkongsi cahaya untuk menyuluh
jalan tersebut agar para pembaca mendapat cahaya yang
terang lagi jelas bagi menghilangkan kesamaran dan kegelapan tersebut. Semoga
solusi yang diberikan mampu menghilangkan kekeliruan dan kemusykilan tersebut, seterusnya
menggerakkan wanita agar memilih dengan penuh keimanan dan keyakinan untuk
bertudung dan berpakaian menutup aurat dengan sempurna.
Penulis merafakkan tangan kepada Allah SWT agar buku ‘AURATKU MARUAHKU’ ini mampu menyuntik kesedaran dan dimanfaatkan sebaiknya untuk kehidupan yang lebih mendamaikan. Kita panjatkan doa kepada Allah SWT agar diberi taufiq dan hidayah untuk terus hidup sebagai seorang wanita muslimah persis para sahabiah r.a di zaman Rasulullah SAW.
Maklumat buku:
Betulkah Menutup Aurat Itu Wajib?
Tudung Ialah Simbol Penindasan Wanita!
Tunggulah Sehingga Tua Nanti
Tunggulah...Belum Dapat Hidayah
Persoalan di atas sering menimbulkan kemusykilan dan kekeliruan berkaitan kewajipan wanita Muslimah berpakaian mengikut syariat Islam. Kaedah dan keperluan menutup aurat sempurna semakin dikaburi oleh arus fesyen dan gaya hidup masyarakat Islam itu sendiri. Buku“Auratku Maruahku” ini merungkai semua keraguan dan kemusykilan anda. Persembahan kandungan dalam bentuk soal jawab memudahkan pembaca memahami kepentingan syariat ini. Setiap persoalan dijawab berserta huraian, rujukan al-Quran dan hadis, rujukan kitab dan ilustrasi yang menarik. Teks mudah difahami, ringkas dan agak santai. Grafik menarik, berilustrasi dan berwarna penuh. Sesuai dijadikan bacaan usrah, rujukan di perpustakaan, hadiah buat teman dan ahli keluarga.
Nama Penyusun : Siti Nur Fatimah Hassan & Mohd. Solleh Ab. Razak
Harga: RM 26.00
Kod Produk: TBBK 1283
ISBN: 978-967-388-148-2
Saiz: 16.5 cm X 24 cm
Mukasurat: 168 msISI KANDUNGAN BUKU:
PENA PENERBIT
PENA PENGARANG
PEMBUKA BICARA
1. Betul
Ke Menutup Aurat Itu Wajib
2. Penting
Sangat Ke Menutup Aurat
3. Tidak
Menutup Aurat Hanya Dosa Kecil
4. Tudung
Merupakan Simbol Penindasan Wanita
5. Kalau
Nak Bertudung, Biarlah Ikhlas Dulu
6. Iman Lebih
Penting Daripada Tudung
7. Yang Penting
Hati Baik
8. Rasa
Cinta Pada Nabi Dah Cukup
9. Tunggulah…Belum
Dapat Hidayah
10. Wanita
Yang Menutup Aurat Tak Semestinya Baik
11. Kami Ingin
Kelihatan Cantik, Kenapa Perlu Sekat
12. Pakaian
Biar Sederhana, Janganlah Ekstrem
13. Muda Hanya
Sekali, Hidup Pun Sekali Je
14. Bertudung
Boleh Merosakkan Rambut
15. Wanita
Yang Menutup Aurat Pun Tidak Selamat
16. Melindungi
Wanita Bukan Sekadar Dengan Pakaian
17. Bukan
Wanita Yang Salah, Tetapi Lelaki
18. Sekadar
Tidak Tutup Aurat, Bukan Seksi Pun
19. Tidak
Adil Menilai Wanita Berdasarkan Pakaian
20. Sayang
Dengan Baju Sekarang
21. Pengaruh
Kawan-Kawan Yang Terlalu Kuat
22. Dipandang
Hina Kerana Menutup Aurat
23. Tunggulah
Dulu Sehingga Berkahwin
24. Ibubapa
Larang, Suami Tak Izin
25. Kalau
Tak Tutup Aurat Pun, Suami Yang Tanggung Dosanya
26. Status
Pun Kena Jaga
27. Tungguhlah
Bila Dah Tua Nanti
28. Dah Bertudung,
Dah Kira Tutup Aurat La…
29. Asalkan
Ada Kain Atas Kepala
30. Bimbang
Tak Istiqamah Apabila Menutup Aurat
PENUTUP
Makluman lanjut: https://www.facebook.com/msar85
Catat Ulasan