Solleh Al-Fatimi
oleh : Solleh al-Fatimi

Pembacaan al-Quran secara bertajwid memainkan peranan penting yang tidak dapat dinafikan lagi, samada memudahkan proses hafazan dan mengekalkannya di dalam fikiran dan hati ataupun untuk memberikan suntikan keasyikan kita membaca ‘warkah dari tuhan’. Sekalipun tidak dikurniakan suara yang merdu dan lunak, namun berbekalkan perintah membaca al-Quran secara bertajwid, ia mampu memberi keasyikan kepada pembacanya serta menarik pendengar yang lain untuk memasang telinga mendengar bacaan al-Quran.

Perkara ini diakui sendiri oleh Syeikh Mahmud Khalil al-Hushori dalam kitabnya 'Ahkam Qiraah al-Quran al-Karim', beliau menceritakan: 
“Sesungguhnya kami dapati dari kalangan guru-guru kami, mereka tidaklah mempunyai suara yang merdu, bahkan mereka tidak mengetahui pun irama lagu. Namun ia membacanya dengan baik dan menyebutkan dengan kemas. Maka apabila ia membacanya, bacaannya dapat menimbulkan minat pendengar dan menarik hati mereka untuk berkumpul. Manusia bersesak-sesak dan berkumpul untuk mendengar bacaannya samada daripada golongan professional mahupun orang awam. Mereka yang menghadiri majlis tersebut terdiri daripada mereka yang mengetahui Bahasa Arab dan mereka yang tidak mengetahuinya dari seluruh manusia. Bahkan mereka sanggup meninggalkan majlis kumpulan yang mempunyai suara yang merdu dan mahir dalam seni suara, namun mengabaikan tajwid dan ketelitiannya”.[1]

Lebih daripada itu, guru-guru Syeikh Mahmud dan lainnya menceritakan suatu cerita yang mencapai tahap mutawatir, tentang Imam Taqiyyuddin Muhammad bin Ahmad as-Sho’igh al-Misri –seorang guru yang mahir dalam tajwid-, pada suatu hari ketika beliau membaca dalam solat subuh ayat:

“Dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung (yang turut serta dalam tenteranya) lalu berkata: “Mengapa aku tidak melihat burung hudhud (belatuk)? Adakah ia dari mereka yang tidak hadir?” (Surah an-Naml:20)

Beliau mengulang-ulang ayat ini beberapa kali. Maka seekor burung turun ke atas kepala beliau sambil mendengar bacaannya sehinggalah selesai bacaannya. Maka mereka yang hadir melihat kepada burung tersebut, maka inilah burung hudhud.

Syeikh Mahmud turut menceritakan tentang seorang Syeikh al-Qurra’ di Baghdad yang bernama Imam Abu Muhammad Abdullah bin Ali bin Ahmad yang dikurniakan kelebihan yang hebat. Beliau berjaya mengislamkan sekumpulan dari yahudi dan nasrani tatkala mereka mendengar bacaannya.[2]

Oleh itu, tanggungjawab kita sebagai seorang muslim tidak dapat lari dari berusaha untuk membaca al-Quran sebagaimana ia diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan sebagaimana Baginda membacanya kepada para sahabat. iaitu membacanya secara bertajwid. Itu adalah tanggungjawab kita yang bergelar muslim. Kita tidak boleh memandangnya hanya sebelah mata sahaja.

Ketegasan ini disuarakan oleh Dr. Raghib as-Sirjani dalam bukunya 'Kaifa Tahfaz al-Quran';
“Allah mahukan daripada kita agar kita membaca al-Quran sebagaimana Rasulullah s.a.w. membacanya. Dan sesungguhnya baginda Rasulullah s.a.w. membacanya kepada kita sebagaimana baginda mendengarnya daripada malaikat Jibril a.s. Dan para sahabat membacanya sebagaimana mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w. Dan ilmu yang agung ini sentiasa diwarisi dari generasi ke generasi sehinggalah sampai kepada kita. Dan akan terus kekal dijaga -dengan izin Allah- sehingga ke hari Kiamat”. [3]
 Demikian juga oleh Imam Jalaluddin as-Suyuti di dalam al-Itqan fi 'Ulum al-Quran:

“Tidak syak lagi, sebagaimana umat Islam (dituntut) mengabdikan diri dengan memahami makna al-Quran dan melaksanakan peraturan-peraturan al-Quran, begitu jugalah mereka (dituntut) mengabdikan diri dalam memperbetulkan sebutan lafaz al-Quran dan menunaikan sifat huruf dan haknya dengan bertalaqqi dengan imam-imam qurra’..."[4]
____________________

[1] Syeikh Mahmud Khalil Al-Hushori. (1999). Ahkam al-Qira’ah al-Quran al-Karim. Saudi: al-Maktabah al-Makkiyyah.; 22
[2] ibid. 22-23
[3] Dr. Raghib as-Sarjani,Kaifa Tahfaz al-Quran. http://www.islamstory.com/ كتاب_كيف_تحفظ_القرآن_الكريم. ;33
[4] Al-Suyuti, Jalal ad-Din Abd ar-Rahman Abi Bakr. (t.th). al-Itqan fi Ulum al-Quran. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah ; jilid 1, 218
Solleh Al-Fatimi
Matlamat Yahudi Yang Utama : Memerintah Setiap Negara

Pada tahun 1897 di Basle, Swirtzeland 300 sarjana Yahudi telah berkumpul secara sulit untuk merancang beberapa agenda atau Protokol Yahudi. Perhimpunan ini dipimpin oleh Teodrl Hezl. Matlamat utama perhimpunan ini adalah untuk memastikan bahawa bangsa Yahudi akan kekal memerintah di setiap negara walaupun negara itu diperintah oleh bangsa selain Yahudi.

Protokol Yahudi ini akhirnya telah dibawa ke pengetahuan umum pada tahun 1901M, apabila seorang wanita Perancis telah berjaya mencuri naskhah protokol ini daripada seorang pemimpin tertinggi Freemasonary. Wanita tersebut telah mencurinya diakhir Muktamar Rahsia (Jewish Masonic Conspiracy) yang diadakan di Perancis. Protokol-protokol ini telah diterjemahkan ke Bahasa Arab oleh Ust Mohd Khalifah Attunisi. Di bawah tajuk “Protokol Hukama Sohyuni”

Salah satu protokolnya ialah:Protokol Kedua

"Bantuan-bantuan yang diberikan oleh bangsa Yahudi melalui agen-agen Yahudi akan memperkuatkan kaum Yahudi. Yahudi akan memerintah bangsa lain seperti bangsa itu memerintah negaranya sendiri, tanpa disedari bahawa mereka telah berada di bawah genggaman Yahudi. Ketua pentadbir yang dilantik untuk mengatur pentadbiran negara, mestilah terdiri daripada orang-orang yang berjiwa budak, yang mudah diarah untuk kepentingan Yahudi. Melalui akhbar, Yahudi menggerakkan fikiran orang ramai serta mengambil kesempatan untuk mendapatkan emas, meskipun dari lautan darah dan airmata. Pengorbanan adalah perlu, kerana setiap nyawa dikalangan Yahudi berharga seribu orang bukan Yahudi".

PENDEDAHAN APCO WORLDWIDE DI PARLIMEN OLEH MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Dalam jawapan secara bertulis kepada YB Tian Chua (PKR Batu), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz telah mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa satu kontrak telah dimeterai antara Kerajaan Malaysia dengan Firma Perunding Perhubungan APCO Worldwide bernilai hampir RM77 juta setahun.

Syarikat Firma Perunding Perhubungan APCO Worldwide ini telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan “Strategi Komunikasi” dan “Membina Imej” Negara serta mengagongkan Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Najib Tun Razak.

SIAPAKAH APCO?

Perkara ini telah didedahkan Ketua Pembangkang YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di dalam Parlimen yang mulia .

Ahli Lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel iaitu:-

1. Shimon Stein (bekas duta kepada Jerman)

2. Itamar Rabinovich (bekas duta kepada Amerika Syarikat)

3. Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency, ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet. Jawatan ini adalah bersamaan dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.

Shin Bet bertanggungjawab menjaga keselamatan dalam negeri Israel, termasuk menghadapi Intifada Palestin. Semasa intifada Al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang dijadikan mangsa pembunuhan oleh serangan udara tentera Israel.

Shin Bet turut terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal-siasat. Seorang wartawan Palestin, Mohammed Omer, mendakwa beliau ditahan oleh Shin Bet pada tahun 2008 dan dibogelkan, dibelasah oleh lapan pegawai Shin Bet yang bersenjata mengakibatkan beliau terpaksa dirawat seminggu di hospital. Makhamah Tertinggi Israel sendiri memutuskan bahawa kaedah-kaedah soalsiasat Shin Bet adalah berketerlaluan, melanggar hak asasi manusia, dan bersifat menyeksa.

APCO dan ASERO seumpama satu keluarga, dengan pemimpin-pemimpin yang sama. Doron Bergerbest-Eilon adalah presiden ASERO, manakala Mara Hedgecoth anak kepada Margery Kraus, Presiden APCO – merupakan Naib Presiden di kedua-dua APCO dan ASERO. Denise Teeling pula, adalah Ketua Kewangan (CFO) bagi kedua-dua APCO dan ASERO juga. Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah direktor APCO Worldwide Sdn Bhd, yang ditubuhkan di Malaysia.

APCO tidak hanya terlibat dengan aktiviti Zionis dan pencabulan hak asasi sahaja, malah juga dengan aktivisme anti-Islam.

1. Jonathan Winer yang merupakan Naib Presiden APCO di Washington DC. Pada 2003, Winer memberi keterangan di Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat di mana dia menuduh gerakan Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood) serta beberapa badan kebajikan Islam sebagai pengganas, dan berusaha untuk menghentikan segala aktiviti kewangan badan-badan ini.

2. Marc Ginsberg pula, ahli lembaga APCO dan bekas duta Amerika Syarikat, memanggil tokoh pemikir Islam Sayyid Qutb (inspirasi kepada Ikhwan Muslimin dan penulis karya Ma’alim Fil Tariq dan Fi Zilal Al-Qur’an) seorang “musuh” dan membandingkan beliau dengan Adolf Hitler.

Peranan APCO di Negara-negara lain

1. Klien dan bekas klien APCO juga termasuk beberapa ‘tokoh’ yang cukup terkenal. Di antaranya adalah Jeneral Sani Abacha, yang mencuri hampir RM 10 billion duit rakyatnya semasa menjadi Presiden Nigeria. Jeneral Sani Abacha turut dikenali kerana pencabulan hak asasi manusia yang cukup parah, termasuk penahanan dan pembunuhan aktivis-aktivis.

2. Nursultan Nazarbayev, diktator Kazakhstan yang didakwa bersama keluarganya terlibat dalam rasuah yang cukup besar serta beberapa pembunuhan, turut merupakan seorang klien APCO. Di antara strategi APCO adalah untuk “membeli” beberapa laporan dari institusi pengajian tinggi untuk mengharumkan nama Kazakhstan di Barat.

3. Narenda Modi pula, Ketua Menteri Gujarat di India yang dikatakan membiarkan rusuhan kaum berlaku antara rakyat Hindu dan Muslim, mengakibatkan hampir 2,000 kematian – kebanyakannya Muslim – juga pernah mengupah APCO untuk mengharumkan balik imejnya.


*dipetik daripada tulisan Sdr. Mohd Akmal Kamarudin, Ketua Penerangan, Dewan Pemuda PAS Perak, yang bertajuk 'Surat Terbuka Buat mufti Perak'.
untuk artikel penuh, lawati :http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26245:-surat-terbuka-buat-mufti-perak&catid=27:surat-pembaca&Itemid=46
Solleh Al-Fatimi
Tatkala zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a, satu krisis besar besar berlaku iaitu perbezaan cara membaca al-Quran di kalangan umat Islam. Terdapat sebahagian bacaan mereka bercampur dengan kesalahan. Mereka bukan setakat mempertahankan dan berpegang pada bacaan mereka, malah menentang sesiapa sahaja yang menyalahi bacaan mereka, bahkan mereka saling mengkafirkan.

Bagi atasi masalah ini, Saidina Uthman r.a melantik dan memerintahkan Zaid bin Thabit al-Ansari, Abdullah bin Zubair, Sa’id bin al-‘As dan Abdul Rahman bin al-Haris bin Hisham al-Qurasyiyyin agar menyalin dan memperbanyakkan mushaf. Hasil dari usaha mereka ini, para ulama’ telah mengistilahkan metod penulisan ini dengan ‘ar-Rasm al-‘Uthmani lil Mushaf’.[1]

Namun demikian, para ulama’ berselisih dalam menetapkan hukum metod penulisan ini. Perselisihan ini terbahagi kepada tiga pendapat.

1. Penulisan Rasm al-Uthmani bagi al-Quran adalah bersifat tauqifi; suatu yang ditetapkan yang wajib dipakai dalam penulisan al-quran dan sampai ketahap mensucikannya. Mereka menisbahkan tauqif ini kepada Nabi s.a.w.

2. Ramai dari kalangan para ulama’ yang berpendapat bahawa Rasm al-Uthmani bukanlah tauqifi daripada nabi s.a.w, tetapi ianya merupakan istilah (cara penulisan) yang dipersetujui oleh Saidina Uthman r.a dan diterima baik oleh umat Islam. Maka wajib berpegang dan menggunapakai metod ini, dan tidak harus menyalahinya.

3. Segolongan berpendapat bahawa Rasm al-Uthmani merupakan satu istilah, dan tidak ada penghalang daripada menyalahinya. [2]

Walaupun demikian, pandangan yang kedua adalah lebih kuat dan rajih. Perkara ni sebagaimana yang dipegang oleh Manna’ al-Qattan;[3]
“Setelah saya menilai, pandangan kedua adalah pandangan yang rajih, dan penulisan al-Quran wajib mengikuti metod Rasm al-Uthmani yang dikenali dalam mushaf. Ia merupakan penulisan yang disepakati yang diwarisi oleh umat Islam sejak zaman Saidina Uthman r.a lagi. Pemeliharaan rasm ini merupakan satu jaminan yang kuat bagi penjagaan al-Quran daripada perubahan dan penggantian huruf-hurufnya. Dan sekiranya dibenarkan penulisan al-Quran dengan penulisan istilah imla’ (penulisan berdasarkan kepada cara baca) di setiap masa, perkara ini akan membawa kepada perubahan tulisan mushaf dari semasa ke semasa. Bahkan metod imla’ itu sendiri turut berbeza kecenderungannya pada sesuatu masa dan bermacam variasi pada sebahagian kalimah antara negeri-negeri".
Oleh yang demikian, berusahalah mempelajari al-Quran dengan menggunakan mushaf uthmani yang mendapat pengiktirafan dari seluruh umat Islam. Sekalipun sebahagian kita menemui kesukaran untuk membacanya pada perinkat awalnya, namun ia merupakan satu kaedah penulisan yang mantap dan teguh.

Salam persahabatan dengan al-Quran. Kalamullah.

______________________
[1] Manna’ al-Qattan. (1998). Mabahith fi ‘Ulum al-Quran. Beirut: Muassasah ar-Risalah; 115
[2] ibid; 131-133
[3] ibid; 133-134
Solleh Al-Fatimi
      Assalamualaikum...

Pada tulisan yang lalu, berhubung hukuman sebatan syariah yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Pahang, penulis menyiarkan serba sedikit betapa relevannya syariah Islam yang diwahyukan oleh ALLAH s.w.t kepada manusia. Dan ianya diterima bukan sahaja oleh orang Islam bahkan non-Muslim.
Hanya mereka yang pendek akalnya, cetek pengetahuannya, singkat pengalamannya dan sempit pemerhatiannya tapi luas nafsu serakahnya, bebal egonya, tinggi melangit putar belitnya dan tebalnya mempertahankan isme yang setahun jagung yang payah untuk menerima kebenaran. Ibarat ulat yang hidup dalam tahi, akan berfikir ia tidak mampu untuk hidup tanpa tahi. Kerana tahi adalah kehidupannya. Bahkan sangat bahagia hidup dalam tahi, sekalipun ia menjijikkan.

Di kesempatan ini, saya ingin berkongsi tentang perundangan Islam yang dahulunya ditentang hebat oleh non-Muslim, tapi akhirnya mereka akur dan bersetuju dengan undang-undang Syariah Islam. Bahkan mereka mempromosi dan mempertahankan perundangan Islam. Itulah Islam. Islam adalah fitrah. Islam akan datang kepada mereka yang mencari erti SEBUAH KEBENARAN. Islam tetap akan dibela sekalipun terdapat pihak yang cuba memadamkan cahaya sinarnya.

Antara perundangan Islam yang ingin dikongsikan adalah seperti berikut:

1. Perceraian. Ia diakui oleh negara barat dan negara katolik yang cukup tua iaitu Itali. Di Hague (sebuah kota di Barat Daya Netherlands), pada tahun 1968 telah diadakan kongres khusus Undang-Undang Internasional ke-12. Perkara yangdibicarakan dalam kongres tersebut ialah mengadakan persetujuan dalam hal perceraian dan perpisahan yang legal pada tingkat internasional. Hal demikian dicatatkan didalam Encyclopedia Fiqh Islam oleh Dr. Jamaluddin Athiyah

2. Riba. Seorang pakar ekonomi Inggeris, Kinz, ia menyatakan; “Bahawa masyarakat tidak akan sampai kepada keadilan yang sempurna kecuali dengan mengakhiri Interest”. Dr. Schacht dari Jerman; “Melalui proses yang pasti, jelaslah bahawa semua harta akan terkumpul pada segolongan kecil tukang pemungut riba”.

3. Di Kota The Hague pada 1937, berlangsung Kongres Internasional Perbandingan Undang-Undang dengan mengundang wakil dari Universiti Al-Azhar, yang diwakili oleh delegasi dari ulama’-ulama’ besar untuk menyampaikan masalah ‘tanggungjawab Sipil dan Kriminal dalam syariat Islam dan kemandirian fiqh islam’ dan menghilangkan hubungan palsu antara fiqh islam dengan undang-undang Romawi. Setelah itu, kongres mencatatkan ketetapannya yang bersejarah dan penting bagi ahli perundangan barat, dimana didalamnya terkandung:

      a. Dijadikan syariat Islam sebagai salah satu sumber dari sistem perundangan umum.
      b. Syariat islam itu hidup dan berkembang.
      c. Syariat Islam itu berdiri sendiri dan tidak diambil dari yang lain. (Ia dicatat di dalam At-Tasyri’ Al-Islam oleh Prof Sayis)

4. Di Kota The Hague juga pada tahun 1948, berlangsung kongres yang dihadiri oleh pakar perundangan dari 53 buah negara di seluruh dunia. Kongres ini mengambil keputusan sebagaimana berikut: “Memperlihatkan elastisitas yang ada dalam perundangan Islam dan keadaannya yang penting, sehingga wajib bagi perhimpunan ahli perundangan internasional untuk mengadakan penyelidikan perbandingan terhadap perundangan ini dan mengembangkannya”. (Dicatat di dalam Al-Madkhal Al-Fiqh, Prof Musthafa Az-Zarqa).

5. Dr Eziko Insabato; “Sesungguhnya syariat Islam itu di dalam perbahasannya melebihi syariat Eropah, bahkan syariat islamlah yang memberikan kepada dunia, syariat yang paling mampan!”

6. Prof. Gabriel, seorang Dekan Fakulti Perundangan Universiti Wina, berkata dalam suatu kongres pada tahun 1927, “Sesungguhnya berbanggalah manusia dengan keanggotaan seorang lelaki seperti Muhammad kepadanya, sebab meskipun ia seorang yang buta huruf, belasan abad lalu dia dapat membawa perundangan-perundangan yang kita orang Eropah akan lebih bahagia, meskipun kita baru mengenalinya setelah dua ribu tahun kemudiannya”.

7. Benard Shaw, ahli falsafah Inggeris, “Sesungguhnya agama Muhammad menjadi tempat penghormatan yang tinggi, kerana di dalamnya mengandungi fundamental/asas yang mengagumkan. Itulah agama satu-satunya yang mempunyai kemampuan untuk mencerna kondisi kehidupan yang bermacam-macam. Saya merasa wajib untuk memberi gelaran kepada Muhammad sebagai juru selamat kemanusiaan. Dan apabila seorang lelaki seperti dia memegang kendali dunia meoden, tentu akan berhasil memecahkan persoalan-persoalan dunia”.

8. Wilz, Sejarawan Inggeris, “Sesungguhnya Eropah berhutang budi kepada Islam dalam hal undang-undang administrasi dan perniagaan”.

9. Sedillot, Ahli Sejarawan Perancis, “Sesungguhnya undang-undang Nepoleon itu diambil dari kitab mazhab Imam malik, iaitu syarah Ad-Dardir terhadap matan Khalil”.

10. Gustaf Lebon menukilkan dari Prof. Libery, ucapannya, “Seandainya orang-orang arab tidak tampil dalam panggung sejarah, tentulah kebangkitan Eropah (Renaissance) akan terlambat beberapa kurun”.
11. Lane Poole, dalam buku The Arabs in Spain, “Adalah Eropah yang buta huruf itu sedang dilanda oleh kebodohan dan kemiskinan, di saat Sepanyol membawa kepimpinan ilmu dan panji-panji kebudayaan di dunia”.

Akhirnya, suka untuk saya membawa kita semua menghayati pesanan penting yang perlu diperjuangkan dalam kehidupan ini. Dr. Abdullah Nasih 'Ulwan menyebut dalam bukunya 'Hatta Ya'lama as-Syabab':

“…Quran yang agung yang kamu pelajari sebagai petunjuk dan hukum yang kamu menyelidikinya, adalah satu-satunya jalan untuk menggapai kemenangan dan kehormatan, keamanan dan ketenteraman. Di saat umat Islam mengambil prinsip-prinsip dan ajaran-ajarannya pada kurun yang lalu, hasilnya mereka dapat meraih puncak kepimpinan dan keluhuran, dan menguasai kendali kebudayaan dan ilmu di dunia. Eropah juga yang menimba dari kebudayaan Islam berabad-abad lamanya, mereguk mata air ilmu dan pengetahuan yang dibina kaum muslimin, hasilnya mereka dapat mencapai kebudayaan material dan ilmu pengetahuan alam di zaman moden kini”.
 Salam Pembelaan Islam. Solleh al-Fatimi.
Solleh Al-Fatimi
Kenyataan Sister in Islam (SIS) oleh Pengerusi Eksekutif barunya Dr Hamidah Merican membantah hukuman sebat syariah terhadap tiga pesalah wanita mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 adalah tidak mengejutkan kita. SIS yang lebih disinonimkan dengan Zainah Anwar lebih dua dasawarsa yang lalu telah membuat banyak kenyataan yang jauh lebih panas dan hangat. Sangat terkenal dengan NGO yang terus terang menyerang hukum-hakam dan perundangan Islam yang telah sabit dengan dalil qat'ie dan ijma' oleh seluruh para ulama'. Sepatutnya SIS diberi nama Sister In Kafir sebagaimana yang pernah diperkatakan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, kerana mereka tidak layak langsung untuk mendapat nama Islam. Lahir dari spesis Abdullah bin Ubai, Abdullah bin Saba' ataupun Musilamah al-kazzab zaman moden di Malaysia!
Tanpa perlu saya mengulas panjang tentang SIS dan mereka yang bertopengkan islam tapi berhati sekular dan syaitan ini. Lebih baik sekiranya saya utarakan pandangan mereka yang mempunyai akal untuk berfikir, ada hati untuk menilai, ada mata untuk memerhatikan dan ada keinginan untuk mencari kebenaran. Sekalipun mereka tidak bergelar seorang Muslim, dan bukan NGO Islam, namun mereka masih mempertahankan erti sebuah kebenaran.
Sebagai contoh, Tokoh besar Kristian Eropah, Dr. Rowan Williams, Uskup Besar Canterbury England yang menyarankan Bahagian-Bahagian Undang-Undang Syariah Islam sebagai penyelesaian kesatuan sosial di United Kingdom dalam wawancaranya dengan Radio 4 BBC pada 7 Febuari 2008.

Malah satu kumpulan penyelidik di Institut Perubatan Novosibirsk, Rusia yang diketuai pakar biologi Dr.Sergei Speransky menemui kaedah baru (baca : lama) merawat ketagihan alcohol dan kegundahan melampau melalui sebatan sebagaimana yang pernah dikuatkuasakan di sekolah Britain pada kurun sebelumnya dan mengesyorkan sesi terapi 30 sesi membabitkan 60 kali sebatan keatas punggung seseorang berbadan sederhana.Menurutnya berdasarkan saintifik, sebatan di punggung mampu merembeskan sejenis bahan kimia semula jadi badan manusia, endorphin yang bertindak sebagai antibody terhadap kesan ketagihan arak, dadah dan rokok.


Lebih memeranjatkan lagi, rakan sepasukannya Dr Marina Chuhrova mempunyai 10 pesakit yang sukarela menjalani terapi sebatan rotan tersebut dengan caj merotan pesakit RM 342.00 bagi sesuatu rawatan biasa dan kini tidak menang tangan untuk merotan pesakitnya. Ia menjadi satu terapi yang komersil berbanding RM10 bagi setiap sebatan diperuntukan kepada pelaku sebat di Malaysia.


Justeru itu, dimanakah logiknya kenyataan Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Syed Abbas Syed Ali yang juga ADUN Balung di Sabah yang turut mempertikaikan hukuman 6 kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Pahang dengan alasan logik analogi peminum arak sama dengan penghisap rokok yang sukar meninggalkan tabiat ketagihan. Inilah terjadi apabila amanah mengurus urusan umat Islam; MUIS diserahkan kepada orang yang buta hati, jahil agama, pemikiran sekular dan berkiblatkan syaitan! Maka tunggulah saat kehancurannya.

Sungguh sinis saranan yang diutarakan oleh Faizal Riduan, Seorang Perunding Pembangunan Sumber Manusia;
"Jika kita memerlukan sampel uji kaji sebagai testimony (bagi membantu kajian di Institut Perubatan Novosibirsk, Rusia), maka calon terbaik, saya syorkan ialah Dr. Hamidah Merican, Zainah Anwar atau Datuk Syed Abas Syed Ali, itu pun jika kesalahan menghina mahkamah ditambah dengan hukuman rotan dan tidak cukup sekadar peruntukan denda dan penjara. Seperti kata orang sekarang, “Belum cuba belum tahu”.
 Tulisan penuhnya dapat dibaca di http://www.malaysiakini.com/news/124637. ianya juga diterbitkan oleh Sinar Harian. Edisi Kuala Lumpur&Selangor. Isnin. 22 Febuari 2010. m/s N15.

Salam Pembelaan Islam dari Solleh al-Fatimi.
Solleh Al-Fatimi
Dimulakan dengan lafaz Alhamdulillah, kurafa'kan setinggi kesyukuran kepada Pemilik cinta abadi, ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA atas segala nikmat dan kurniaan yang tiada berpenghujung serta naungan cinta dan kasih sayangNya yang tiada bertepian.

"10 TERMINAL SYURGA RUMAH TANGGA" begitulah tajuk teristimewa hasil perkongsian ilmu, rasa, cita-cita dan pengalaman dalam menitipkan syurga di dalam mahligai rumah tangga. sememangnya diri ini memang tidak layak untuk membicarakan hal ehwal rumah tangga lantaran baru setahun jagung mengecapi nikmat bergelar isteri dan ummi kepada seorang zuriat. namun begitu, kugagaskan jua penulisan ini sebagai pedoman buat diri dan sekalian sahabat yang ingin menjejaki alam rumah tangga dan teristimewa juga buat mereka yang telah lama membina mahligai rumah tangga.

Sememangnya, syurga dalam rumah tangga merupakan satu impian yang dicitakan oleh setiap manusia. ia merupakan fitrah manusia diciptakan. namun dalam mendambakannya, ia memerlukan titik yang jelas agar syurga yang diimpikan menjadi kenyataan. kerana untuk menggapai syurga diakhirat nanti, kita perlu merasai syurga di dunia ini.

Dalam merealisasikan hasrat ini, saya; siti nur fatimah binti hasan bergandingan dengan ustazah nor bahyah mahamod merangka perjalanan untuk mencapai sebuah syurga dalam rumah tangga. semoga buku yang diterbitkan oleh Telaga Biru sdn.bhd ini mampu menjana manfaat yang semaksimumnya dan merealisasikan hasrat syurga rumah tangga dalam hidup kita semua. amin.
Labels: 0 comments | | edit post
Solleh Al-Fatimi
Sangat tepat pesanan Hasan al-Hudhaibi, Pemimpin Ikhwan al-Muslimin;
“Penjara bukanlah tembok tebal atau jeriji besi. Penjara yang sebenarnya adalah keadaan dalam perasaan dan fikiran kalian”

Ternyata sekalipun jasad para ulama’ terpenjara, namun perasaan dan fikiran mereka ternyata masih bebas merdeka. Pemerintah zalim gagal memenjarakan perasaan dan fikiran mereka. Sehinggakan para ulama’ yang dipenjara mampu menghasilkan buah tangan yang terlalu istimewa tatkala mendiami tirai besi untuk seluruh umat Islam yang tercinta.

Dairi asam garam perjalanan hidup Syeikh Abdul Aziz al-Badri penuh dengan warna-warni. Beliau tidak keberatan untuk mencoretkan kisah yang dihadapinya tatkala menulis kitab‘al-Islam Baina al-Ulama’ Wa al-Hukkam’. Pada muqaddimah kitab tersebut, beliau menceritakan segala-galanya; “Sesungguhnya aku (Sheikh Abdul Aziz al-Badri) ditahan secara paksa di rumahku selama setahun. (Zaman pemerintahan Abdul Karim Qasim pada 2 Disember 1959 dan dibebaskan pada 2 Disember 1960) Bagi aku penahanan ini merupakan satu nikmat Allah s.w.t kepada ku. Pada waktu itu, aku sempat menyelediki buku-buku sirah, sejarah dan sejarah hidup para ulama’ Islam. Aku lakukannya untuk mengetahui pendirian dan prinsip ulama’ salafussalih bersama pemerintah disepanjang kewujudan Daulah Islamiyyah sejak ia dibangunkan oleh penghulu kita Rasulullah s.a.w yang mulia di Madinah Al-Munawwarah sehinggalah orang-orang kafir menghapuskan Daulah Islamiyyah pada tahun 1343 Hijrah. Pengetahuan terhadap sejarah mereka yang merupakan pendorong untuk aku menulis pendirian itu samada secara ringkas dan menyeluruh serta aku mengumpulkannya dengan perkara yang termampu bagiku dan bantuan taufiq dari Allah s.w.t kepadaku.

Apabila aku ditahan buat kali keduanya, (Pada 7 Ogos 1961 dan dibebaskan pada hari pengampunan pada 4 Disember 1961), aku memohon pertolongan kepada Allah s.w.t agar mengemaskini tulisan ku ini dengan memilih perkara yang sesuai dan memberi komentar terhadap tulisannya agar penulisan ini dalam ruang lingkup perbincangan dan tidak keluar dari dasar penulisannya...”. Akhirnya dari penahanannya membuahkan kitab al-Islam Baina al-Ulama’ wa al-Hukkam.

Lebih hebat lagi dapat kita perhatikan pada seorang fuqaha' besar daripada al-Hanafiah; Syamsul A‘immah As-Sarkhasi. Beliau telah berjaya menghasilkan sebuah kitab fiqh yang mempunyai 30 jilid tatkala beliau dipenjarakan di penjara 'Bauzajund'. Kitab ini dihasilkan tanpa dirujuk mana-mana kitab-kitab lain. Bahkan kitab ini disiapkan dengan buah fikirannya dan disalin kembali oleh murid-muridnya yang berada di atas tembok penjara. Akhirnya kitab yang 30 jilid ini dapat disiapkan sehinggakan diakhir suatu bab dituliskan; "telah selesailah syarahan berhubung dengan 'al-aqrar' yang mengandungi pelbagai rahsia didalamnya, ia disiapkan oleh seorang yang tahanan yang dikelilingi oleh banduan". Betapa berkuasanya Allah Yang Maha Agung. Ketakjuban ini dihikayatkan dalam al-Fawaid al-Bahiyyah Fi Tarajim al-Hanafiah.

Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah tidak ketinggalan untuk membawa buah tangan dari penjara. Tatkala menempuh hidupnya di penjara Qal'ah yang menjadi tempat terakhir kehidupannya. Beliau mengisi waktu yang ada dengan beribadah kepada Allah s.w.t, membaca al-Quran. Bukan setakat itu, bahkan puntung-puntung kayu yang menjadi arang dijadikan pena bagi menulis kitab-kitab serta menjawab terhadap tuduhan yang dilemparkan oleh penentang-penentangnya. Namun setelah pemerintah mendapati sebahagian daripada kitab beliau mendapat sambutan, pemerintah pun menegah beliau dari menulis dan membuat sebarang kajian. Peristiwa ini disematkan dalam Tazkiratul Huffaz oleh Ibnu Abdul Hadi.

Suatu mutiara kata yang sangat bermakna pernah terbit dari mulut Imam Ibn Taimiyyah sebagaimana yang diceritakan oleh muridnya Imam Ibn Al-Qayyim Al-Jauzi yang turut dipenjarakan bersama beliau;
"Banduan yang sebenar ialah mereka yang hatinya terpenjara dari tuhannya, manakala orang tawanan yang sebenar ialah orang yang ditawan oleh hawa nafsunya!".
Terdetik sejenak, adakah kita sekarang seorang banduan atau tawanan? Atau benar-benar bebas dan merdeka?

Ya Allah. Bantulah hamba-hamba-mu dalam menyampaikan risalah-Mu dan risalah Rasul-Mu. Kurniakan kepada kami peluang dan ruang, sebagaimana Engkau kurniakan kepada mereka, Ya Allah. Amin.