undefined
undefined
Oleh:
Abu Mujahid
Mohd Solleh Ab Razak (MSAR).
24 April 2014
بِسْمِ اللهِ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
إِنَّ الْحَمْدَ لِلهِ نَحْمَدُهُ
وَنَسْتَعِينُ بِهِ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَسْتَهْدِيْهِ وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ
شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِن سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا. إِنَّهُ مَن يَهْدي اللهُ
فَلَا مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ. أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ
إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّداً عَبْدُهُ
وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ رَسُولِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ ، وَبَعْدُ:
إِنْ أُرِيدُ إِلَّا الْإِصْلَاحَ مَا اسْتَطَعْتُ وَمَا تَوْفِيقِي إِلَّا
بِاللَّهِ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ
“Aku
hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan
beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada
Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali.”. (Surah Hud : 88)
Artikel ini ditulis selepas mendengar penjelasan yang
dikemukakan oleh Ustaz Don Daniyal. Berikut adalah ucapan/ ceramah yang
disampaikan oleh beliau:
LINK:
Artikel ini ditulis bagi menyahut seruan daripada al-Fadhil
Ustaz Don yang berkata: “Hari ini kita dah maju, apa salahnya. Kita fikir
sama-sama, kita jadi orang bagus, kita menuntut ilmu, kita cari ilmu, menelaah
ilmu, jawab penulisan dan sebagainya. Apa salahnya? Tak salah”. [video
penjelasan sebelum ke UK, 10:55 - 11:26]. Justeru, apabila ustaz Don
menyeru agar menjawab melalui penulisan, maka saya terpanggil untuk menjawabnya
secara tulisan.
Setelah saya mendengar penjelasan daripada Ustaz Don, saya
perlu menjawab penjelasan daripadanya tentang beberapa perkara yang perlu
diperbetulkan sebagai salah satu tanggungjawab saya sebagai penuntut ilmu
terhadap ilmu. Saya mohon maaf kepada ustaz Don kerana terpaksa melanggar
saranan ustaz Don yang menyatakan: “malam ni, facebook jangan cakap dah pasal
benda ini. Stop. Siapa
yang mula dulu, maknanya dia tak faham apa yang kita cerita hari ini” [Video
Jawapan Ustaz Don 2 (TV al-Hijrah)]. Hal ini saya terpaksa tulis kerana saya
mendapati Ustaz Don masih tidak menjawab persoalan yang ditimbulkan. Ustaz Don
tidak menjelaskan apakah benar apa yang dituduh atau salah. Jika salah tuduhan
tersebut, ustaz Don perlu nyatakan apakah yang sebenar dan yang dimaksudkan
dalam video tersebut. Bagi saya, dengan cara ini mampu menjernihkan lagi
keadaan dan tidak menimbulkan konflik yang lain.
ISU TEKNIKAL
Sememangnya saluran internet seperti Youtube, Facebook,
Wikipedia, Google dan lain-lain tidak boleh dijadikan hujah dan rujukan utama
dalam mencari ilmu. Benar, untuk membuat sesuatu assigment dan tesis, internet
merupakan rujukan yang tidak boleh dipertanggungjawabkan. Namun persoalannya;
apakah segala apa yang terdapat dalam internet hendaklah ditolak? Apakah
sesuatu yang bersumberkan internet tidak boleh dijadikan hujan dalam semua
perkara dan keadaan?
Andai kita menjawab ‘YA’, ini merupakan bencana bagi kita
umat Islam. Kerana Islam tidak menolak teknologi, bahkan teknologi mampu
dimanfaatkan. Justeru, seperti kuliah di youtube yang di upload secara beretika
mampu memberi manfaat kepada kita, dan para penuntut ilmu mampu mengutip ilmu
daripada video tersebut. Dari hal inilah, kita melihat ramai para asatizah yang
menggunakan cara ini untukmenyebarkan ilmu. Tidak kurang juga yang menyebarkan
video Ustaz Don semasa kuliah di Tv atau di tempat lain. Justeru, untuk membuat
kesimpulan dengan menyatakan apa yang ada dalam internet tidak boleh dijadikan
sebagai hujah disebabkan ia di dalam internet, sedangkan apa yang dirakam
adalah sama dengan apa yang disampaikan secara ‘live’, maka ini merupakan
kesimpulan yang nakal dan dangkal.
Andai kita berhujah, ia tidak boleh dijadikan hujah kerana
ia diambil ‘sekerat-sekerat’ @ edit. Maka perkara ini perlu kepada perincian.
Andai video tersebut diedit sehingga memberikan maksud yang bercanggah dengan
maksud asal penceramah, atau kerana ingin menfitnah atau berniat buruk, maka
video tersebut TIDAK BOLEH DIJADIKAN HUJAH. Sebaliknya jika video tersebut
diedit dan sekerat-sekerat, tetapi masih dapat difahami maksudnya atau diambil
dalam konteks perbincangan yang betul atau sesuatu isu secara penuh, maka ia
video tersebut BOLEH DIJADIKAN HUJAH.
Seperti saya berceramah selama satu jam, namun hanya 5 minit
sahaja saya bercerita tentang ‘kereta baru saya’, maka tidak salah sekiranya
seseorang edit dan buat video sekerat-sekerat selama 5 minit yang menceritakan ‘kerata
baru saya’. Maka video ini boleh dijadikan hujah bahawa saya menceritakan
tentang saya beli kereta baru. Maka saya tidak boleh marah atau herdik
seseorang dengan menyatakan anda tidak boleh percaya pada video tersebut kerana
anda hanya lihat video sekerat dan diedit!
Dalam isu video kompilasi ini (sekalipun saya tidak
bersetuju dengan menerbitkan video ini), sememangnya ia adalah video yang
diedit dan sekerat-sekerat. Namun secara teknikalnya ia masih bertanggungjawab,
kerana:
1) video yang lebih panjang dan menyeluruh tentang ceramah
ustaz Don memang wujud dalam youtube. Seperti link yang saya sertakan
sebahgiannya di atas.
2) video yang diedit tersebut mengambil perbicaraan ustaz
Don yang menyeluruh dalam aspek yang dipertikaikan.
3) pengumpulan video pendek yang dikumpulkan ini adalah
untuk memudahkan para penonton.
Justeru, andai isu teknikal ini dianggap sebagai isu yang
utama, bagi saya ia adalah satu alasan dan hujah yang sengaja diadakan bagi
menutup isu sebenar atau cuba untuk mengalihkan isu.
HANYA VIDEO KOMPILASI MENJADI DALIL
Rentetan daripada isu teknikal tersebut, ustaz Don
menyatakan (Video Penjelasan sebelum ke UK) hanya dengan satu video ini sahaja
yang menjadi dalil dan hujah menyebakan kekeliruan ini berlaku. Dan semua
kekalutan yang berlaku ini kerana video kompilasi ini.
Kenyataan sebegini membuatkan saya terfikir,
1)Apakah ustaz Don mengetahui bahawa wujud video lain yang
lebih awal dan video yang penuh atau video lebih panjang dalam youtube yang
boleh dijadikan batu asas apakah video kompilasi tersebut membawa menfitnah
atau tidak.
2) Atau apakah beliau sengaja menyatakan bahawa hanya satu
video ini sahaja yang menjadi dalil dengan tujuan untuk membunuh hujah yang
mengkritik beliau. Dengan cara begini, apabila sumber diragui, maka secara
tidak langsung hujah yang mengkritik juga tidak relevan.
Justeru, saya tekankan di sini bahawa video yang menjadi
kritikan terhadap ustaz Don bukan semata-mata berdasarkan kepada video
kompilasi ini, malah wujud video penuh yang boleh disaksian oleh pembaca semua
seperti yang saya senaraikan di atas, seperti video Ikhwan Muslimin dan Bani
Tamim.
Sesungguhnya sekali lagi saya tegaskan bahawa saya tidak
bersetuju dengan kewujudan video kompilasi itu. Demikian juga, saya tidak
bersetuju dengan tuduhan Ustaz Don terhadap pengkritiknya yang menyatakan pengkritiknya
hanya berpandukan kepada video tersebut sahaja dan hanya itu dalilnya.
Penghujahan ustaz Don melalui ini bukan menjernihkan
keadaan, malah mengeruhkan lagi keadaan dan beranggapan boleh mengawal
pemikiran dan pendapat penonton.
MEREKA TIADA DI MAJLIS
Ustaz Don berhujah bahawa pembuat video dan pengkritik
beliau tidak hadir dalam majlisnya. Katanya: “Sebab video yang anda tengok
bukan video penuh dan orang yang buat
video tidak ada dalam majlis ketika saya menyampaikannya”. [video jawapan
ustaz Don TV al-Hijrah (1)]
Sememangnya benar, yang mengkritiknya boleh dikatakan semua
daripada mereka yang tidak menghadiri majlis tersebut. Namun ia tidak boleh
dijadikan hujah kerana apa yang dirakam dan apa yang disampaikan oleh ustaz Don
adalah sama. Justeru, ketidak hadiran mereka dalam majlis membuatkan mereka
tidak boleh mengkritik, maka ini merupakan alasan yang rapuh, disebabkan wujud
video yang penuh dan merangkumi isu yang diperbincangkan.
Benar, pembuat video kompilasi ini (mungkin) tidak berada
dalam majlis tersebut, tetapi individu yang merakam ceramah dan menyebarkan
video ceramah ini (bukan yang kompilasi) adalah orang yang hadir dalam majlis
tersebut.
ISU PEMBUAT VIDEO
Sasaran utama yang dikemukakan oleh Ustaz Don pada video
penjelasan sebelum ke UK dan di TV al-Hijrah ditujukan kepada pembuat video
ini. Sekalipun saya tidak mengenali dan tiada hubungan dengannya, maka saya
melihat ustaz Don melemparkan tuduhan dan fitnah terhadapnya.
Apabila Ustaz Don memfokuskan isu ‘fatbayyanu, fatasabbatu’,
maka dalam isu video ini, ustaz Don sendiri tidak berjumpa atau bertanya tujuan
dia buat video tersebut. Tetapi ustaz Don minta pembuat video tersebut berjumpa
dan bertanya kepada beliau. Maka dimanakah ‘fatabayyanu, fatasabbtu’ itu?
Lainlah sekiranya pembuat video tersebut sememangnya dikenali sebagai seorang
yang seringkali melaga-lagakan asatizah, menfitnah atau berniat buruk.
Lebih melampau dan keterlaluan apabila Ustaz Don mengkiaskan
apa yang beliau alami sekarang seperti kisah Ibn Juraij dengan pelacur. Kiasan
pelacur dalam cerita tersebut dengan pembuat video ini merupakan kiasan yang
tidak berakhlak sebagai seorang ustaz. Demikian juga kiasan yang tidak kena
pada tempatnya apabila menyamakan fitnah sekarang seumpama fitnah yang dihadapi
oleh Saidatina Aisyah RA dengan Safwan dalam peristiwa hadis al-ifk. [video
jawapan ustaz Don TV al-Hijrah (1)]
TEGURAN KEPADA WARDINA.
Kesan daripada video ini, ustaz Don secara terbuka
mengkritik Puan Wardina Saffiyah dengan kata-kata yang tidak sepatutnya. Beliau
menyatakan: “kenapa orang seperti saudari boleh wujud di atas muka bumi. Tak
salah kerana dia bukan orang alim… kerana wujudnya orang-orang seperti begini
(pembuat video kompilasi) yang senang-senang menghujam dan mengatakan
perkataan2 yang kesat pada para alim ulama, maka maruah para alim ulama
dimakan… maruah alim ulama dinampakkan kata:
Allah! Orang biasa pun boleh melenting kepada ulama. Maka orang-orang
beginilah (wardina) akan wujud untuk makin ramai mengata perkara-perkara buruk
pada alim ulama” [Video Jawapan Ustaz Don 2 (TV al-Hijrah)]
Ungkapan “kenapa orang seperti saudari boleh wujud di atas
muka bumi” merupakan ungkapan yang biadab dan merendah-rendahkan maruah wanita.
Sedangkan Wardina menegur dengan panggilan nama yang dihormati. Beliau yang
memohon jasa baik para asatizah, mufti dan ulama agar menyemak kandungan kuliah
ustaz. Ini menunjukkan beliau mengakui ‘dia bukan orang alim’, tetapi apabila
herdikan “kenapa orang seperti saudari boleh wujud di atas muka bumi… kerana
wujudnya orang-orang seperti begini (pembuat video kompilasi)”, ini merupakan
akhlak buruk terhadap seorang wanita muslimah. Seoalah-olah ini tujuan Wardina
di atas muka bumi ini.
Tahniah kepada Puan Wardina kerana berani memohon maaf
sekalipun beliau tidak bersalah. Tahniah.
TINDAKAN USTAZ DON
Sebenarnya apa yang perlu ustaz Don lakukan bukannya dengan
menyerang pembuat video tersebut dan menuduh betapa dangkalnya pemikiran dan
ilmu para asatizah yang menegur dan mengkritiknya. Sebaliknya memberi
penerangan dimanakah salah video tersebut, apakah maksud sebenar yang ingin
disampaikan dalam video tersebut. Sekiranya Ustaz Don melakukan kesilapan,
jangan malu dan merasa jatuh maruah dengan memohon maaf dan menarik balik
kenyataan yang salah. Inilah akhlak yang mulia.
Memandangkan artikel ini panjang dan saya telah
mengemukakan pendapat berhubung MASALAH TEKNIKAL yang dihujahkan oleh ustaz
Don, maka saya tangguhkan ke bahagian dua untuk saya menjawab dua isu besar
BANI TAMIM & IKHWANUL MUSLIMIN. Perbincangan ke dua adalah lebih kepada
hujah akademik dan berfakta. In sya Allah.
* sambungan di bahagian ke-2: http://solleh-alfatimi.blogspot.com/2014/04/semoga-ustaz-don-maju-jaya-dalam-dakwah_24.html
* sambungan di bahagian ke-2: http://solleh-alfatimi.blogspot.com/2014/04/semoga-ustaz-don-maju-jaya-dalam-dakwah_24.html
Catat Ulasan