Solleh Al-Fatimi
Oleh:
Abu Mujahid
Mohd Solleh Ab Razak (MSAR).


Perbincangan pada kali ini berkait rapat tentang salah satu sudut dalam Sirah Nabawi. Iaitu tindakan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sebelum diutuskan menjadi Rasul sehinggalah turunnya wahyu yang pertama. Rasulullah SAW telah bertahannuth @ berkhalwah @ bersendirian di Gua Hira' untuk beberapa ketika. Perbincangan dalam artikal ini adalah untuk melihat apakah tindakan tersebut masih relevan dan perlu diikuti atau pun ia telah diganti dengan ibadah lain yang lebih baik. Perkara ini telah dibincangkan oleh para ulama berdasarkan al-Quran dan al-Hadis. Semoga ada manfatnya.

Berkhalwah & Bersendirian di Gua Hira' : Aplikasi masa kini

Sesungguhnya khalwah yang dituntut ialah melapangkan diri untuk ibadah kepada Allah swt dan memohon pertolongan dengan ibadah ini untuk menambahkan ketaatan dan persiapan berhadapan dengan urusan dunia. 

Sesungguhnya khalwah nabi di Gua Hira sebelum diutuskan sebagai rasul. Ada pun selepas pengutusan sbg rasul, tuntutan khalwah ini bertukar dan berubah kepada jenis yang lain iaitu tahajjud dan qiyamullail tatkala manusia tidur. Sesungguhnya ibadah tahajjud ini adalah satu kefardhuan ke atas Nabi Muhammad saw dan ummatnya, kemudian berubah menjadi sunat ke atas umatnya.

Khalwah yang dimaksudkan di sini bukanlah khalwah ahli sufi dan cara-cara mereka yang menyeleweng, bahkan ia adalah qiyamullail ketika manusia tidur dan turunnya Allah swt. Sebagai mana hadis Abu Hurairah r.a: 



 يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا

 حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ فَيَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ

 وَمَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ وَمَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ


"Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda: Tuhan kami tabaraka wa taala turun pada setiap malam ke langit dunia ketika 1/3 malam akhir, maka berfirman: sesiapa yang berdoa kepada ku, maka aku menerimanya. Sesiapa yang meminta kepada ku, maka aku berikan pada nya. Sesiapa yang memohon ampun kepada ku, maka aku ampunkan nya". (Riwayat Muslim)

Maka Allah swt berfirman kepada Rasulullah saw: 



يَا أَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ  قُمِ اللَّيْلَ إِلَّا قَلِيلًا


نِصْفَهُ أَوِ انْقُصْ مِنْهُ قَلِيلًا  أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا


 إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلًا ثَقِيلًا
"Wahai orang yang berselimut!. Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan “Tartil”. (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya)".

(surah al-muzzammil : 1-5). 

Maka qiyamullail dan membaca Al Quran adalah khalwah bg orang islam pada waktu malam. Ia menambahkan baginya dalam berdoa kepada Allah swt. Qiyamullail adalah hidangan bagi golongan solihin. 


Ibrahim bin Adham berkata tentang qiyamullail: 
"Kami berada dalam kelazatan. Sekiranya raja-raja dan anak-anak raja mengetahui nya, pasti mereka membunuh kami dengan pedang".
Labels: , | edit post
1 Response
  1. Tanpa Nama Says:

    Assalamu'alaikum. izinkan saya untuk berkongsi pendapat. berkhalwah pada hari ini juga adalah dari sudut hati. walaupun sibuk dengan bekerja, mencari rezeki, berjuang, berkumpul dan bercampur dengan ramai orang tetapi hati sentiasa tetap mengingati Allah, berzikir kepada-Nya, berfikir tentang akhirat dan hati ini tidak sekali-kali lalai, leka dan sibuk dengan dunia. ini bermaksud hati berkhalwah dari hal-hal yang sibuk dengan dunia. kalau salah tolong betulkan. wallahua'alam.


Catat Ulasan