undefined
undefined
Oleh:
Abu Mujahid
Mohd Solleh Ab Razak (MSAR).
Mohd Solleh Ab Razak (MSAR).
[ Akrabnya al-Quran dan al-Sunnah ]

Allah SWT berfirman:
وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
Maksudnya: “Dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya”. (Surah al-Nahl: 44)
Ayat yang mulia ini secara jelas menunjukkan bahawa Allah SWT menurunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW. Tugas Nabi Muhammad SAW terhadap al-Quran adalah menjadi ‘#Ketua #Penerangan’ dalam menjelaskan setiap inci isi kandungan al-Quran kepada seluruh manusia. Penerangan ini melibatkan semua aspek, sama ada daripada sudut perkataan, perbuatan dan juga pengiktirafan terhadap sesuatu perkara. Penerangan ini merupakan penerangan yang sahih dalam menjelaskan al-Quran secara langsung yang dikenali sebagai al-Sunnah atau pun al-Hadis.
Dalam menjelaskan betapa eratnya hubungan antara al-Quran dan hadis nabawi ini, penulis mengajak untuk sama-sama kita menghayati penjelasan yang diutarakan oleh #Syeikh al-#Syarif #Hatim bin ‘#Arif al-‘#Auni. Satu pandangan yang begitu indah dan mudah untuk kita memahami perkara ini. Marilah kita memerhatikannya:
“Tiada keraguan bagi seseorang Muslim bahawa al-Quran dan ilmu-ilmu al-Quran adalah ilmu yang paling mulia secara mutlak. Ia merupakan ilmu yang paling bermanfaat, paling mulia dan paling agung, tanpa sebarang pengecualian. Yang paling penting dan paling agung bagi Ilmu-ilmu al-Quran serta matlamat ia diturunkan adalah untuk tadabbur ayat-ayatnya dan memahami maknanya. Kerana ia kemuncak matlamat penurunan al-Quran iaitu beramal dengannya, mengambil pengajaran daripada nasihat-nasihatnya dan mencari sinar dengan kebijaksanaannya. Hal demikian selama-lamanya tidak akan terhasil selagi mana belum memahami maknanya dan mentadabbur ayat-ayatnya. Sekiranya ia tidak dilakukan, maka bagaimana mungkin beramal dengan al-Quran sedangkan tidak memahami al-Quran?!
Oleh yang demikian, tidak sempurna kefahaman terhadap kalamullah taala dan tidak mungkin mampu memahami makna-makna Kitab Allah yang mulia ini, melainkan dengan Sunnah Nabi SAW dan ilmu-ilmunya. Kerana al-Sunnah merupakan huraian secara teori dan praktikal bagi al-Quran al-Karim.
Dari sinilah, kita masuk ke dalam keterangan yang paling agung tentang kedudukan al-Sunnah dan ilmu-ilmunya dan kepada kedudukannya berbanding ilmu-ilmu yang lain secara mutlak. Iaitu tiada jalan untuk memahami al-Quran, mengetahui agama Islam yang diterima oleh Allah SWT, melainkan dengan sunnah Nabi Muhammad SAW dan ilmu-ilmunya.Atau dengan lain perkataan, dengan sebab al-Quran al-Karim merupakan ilmu yang paling mulia. Manakala ilmu-ilmu al-Quran yang paling mulia adalah memahami maknanya. Natijah ini tidak tercapai melainkan dengan hadis. Pada saat itu, hadis adalah ilmu al-Quran yang paling mulia atau hadis adalah ilmu yang paling mulia.
[ Al-Syarif Hatim bin ‘Arif al-‘Auni. Nashaih Manhajiyyah li Talib ‘Ilm al-Sunnah al-Nabawiyyah, 13 ]
like FB: Mohd Solleh bin Ab Razak - Seni Ilmu
Berminat:
RM 27.00
Catat Ulasan