Oleh:
Abu Mujahid
Mohd Solleh Ab Razak (MSAR).
Mohd Solleh Ab Razak (MSAR).
[ Mulakan Dengan Al-Quran - Siri 1 ]
Syeikh Mahmud bin Ali bin Surur hfz. menyebut di dalam karyanya yang berjudul ‘Ma’alim al-Tarbiyyah ‘Inda al-Muhaddithin’:
“Sedangkan al-Quran merupakan ilmu yang paling mulia, bahkan ia merupakan asas dan dasar bagi seluruh ilmu. Maka seseorang pelajar yang tidak memulakan kehidupan belajar dengan menghafaz al-Quran al-Karim, maka tidak mungkin selamanya kukuh dalam mana-mana ilmu”. [Mahmud bin Ali, Ma’alim al-Tarbiyyah ‘Inda al-Muhaddithin, hal: 26]

Sesungguhnya dasar ini adalah dasar yang telah digarap kukuh oleh Rasulullah SAW dan para sahabat ra.
عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَدِيثَيْنِ رَأَيْتُ أَحَدَهُمَا وَأَنَا أَنْتَظِرُ الْآخَرَ حَدَّثَنَا أَنَّ الْأَمَانَةَ نَزَلَتْ فِي جَذْرِ قُلُوبِ الرِّجَالِ ثُمَّ عَلِمُوا مِنْ الْقُرْآنِ ثُمَّ عَلِمُوا مِنْ السُّنَّةِ
Maksudnya: Diriwayatkan daripada Huzaifah ra., katanya: Rasulullah SAW menceritakan kepada kami dua hadis (tentang urusan amanah yang bakal berlaku pada zaman fitnah nanti). Saya telah melihat salah satunya (iaitu penurunan amanah) dan saya menunggu peristiwa yang kedua (iaitu amanah diangkat). Baginda SAW menceritakan kepada kami: (Hadis pertama), “Sesungguhnya amanah yang turun pada pangkal hati seorang lelaki, kemudian mereka belajar daripada al-Quran, kemudian mereka belajar daripada al-Sunnah…”. [Riwayat al-Bukhari no: 6559, Muslim no: 206, al-Tirmizi no: 2150.]

Demikian juga yang diakui oleh Saidina Abdullah bin ‘Abbas ra. tatkala menceritakan perihal cara Rasulullah SAW mendidik para sahabat. Beliau berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَلِّمُنَا التَّشَهُّدَ كَمَا يُعَلِّمُنَا السُّورَةَ مِنْ الْقُرْآنِ
Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW mengajarkan bacaan tasyahhud sebagaimana Baginda mengajar surah daripada al-Quran”. [Riwayat Muslim no: 611]
Untuk lebih jelas, marilah kita melihat pandangan-pandangan para ulama yang mengkaji dengan melalui jalan yang dirintis oleh Rasulullah SAW ini. Imam al-Khatib al-Baghdadi r.h.m. berkata:
يَنْبَغِي لِلطَّالِبِ اَنْ يَبْدَاَ بِحِفْظِ كِتَابِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ اِذْ كَانَ اَجَلَّ العُلُوْمِ وَاَوَّلَاهَا بِالسَّبْقِ وَالتَّقْدِيمِ
Maksudnya: “Sepatutnya seseorang pelajar memulakan menghafaz Kitab Allah azza wa jalla, kerana ia adalah semulia-mulia ilmu. Ia merupakan perkara pertama yang didahulukan dan diutamakan”. [Al-Khatib al-Baghdadi. Al-Jami’ li Akhlaq al-Rawi wa Adab al-Sami’ jil. 1 hlm. 106]

Imam Ibn Abd al-Barr rhm. berkata:
“Menuntut ilmu mempunyai beberapa tingkatan, tahap dan susun aturnya. Tidak sewajarnya ia dilanggar. Sesiapa yang melanggarnya secara keseluruhan, sesungguhnya dia telah menlanggar perjalanan para salaf rahimahumullah. Sesiapa yang melanggar perjalanan mereka secara sengaja, dia akan sesat. Sesiapa yang melanggar secara pandangan fikirannya, dia adalah salah. Maka ilmu pertama adalah menghafaz kitab Allah SWT, memahaminya dan segala perkara yang membantu untuk memahaminya. Maka wajib mempelajarinya bersama. Dan tidak saya katakan: Bahawa menghafaz keseluruhan al-Quran adalah wajib, tetapi saya katakan: Sesungguhnya hal demikian adalah syarat yang mesti dilakukan ke atas sesiapa yang menyukai agar dia menjadi alim, faqih dan menyiapkan dirinya untuk ilmu. Perbincangan ini bukan dari sudut fardhu”. [Ibn ‘Abd al-Barr. Jami’ Bayan al-‘Ilm wa Fadhlih, jil 2, hal: 1129]
Imam al-Nawawi rhm. menceritakan keadaan para salafussoleh:
.
“Perkara pertama yang dimulakan adalah menghafaz al-Quran al-Aziz. Ia merupakan ilmu yang paling penting. Sesungguhnya para salaf tidak mengajarkan hadis dan fiqh kecuali kepada sesiapa yang menghafaz al-Quran. Apabila dia menghafaz al-Quran, hendaklah berhati-hati dengan kesibukan dirinya agar al-Quran tidak terabai disebabkan oleh pengajian hadis, fiqh dan selainnya. Iaitu kesibukan yang boleh membawa dirinya lupa sebahagian hafazan al-Quran atau mendatangkan risiko dirinya akan lupa hafazan al-Quran. Setelah menghafaz al-Quran, hendaklah menghafaz daripada semua seni ilmu yang ringkas. Memulakan dengan yang ilmu yang paling penting. Antara yang paling penting adalah ilmu Fiqh dan Nahu. Kemudian hadis dan usulnya. Kemudian ilmu-ilmu lain yang mudah. Kemudian sibukkan diri dengan mempelajari huraian-huraian bagi ilmu yang telah dihafaznya”. [Al-Nawawi. Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jil. 1 hlm. 38]
Inilah jalan yang dilalui oleh para salafussoleh. Untuk menjadi hebat sebagaimana mereka, maka kita perlu melalui jalan-jalan ini.
Bahkan Imam Ibn al-Jauzi rhm. tatkala menjelaskan tentang tipu daya iblis ke atas golongan ahli hadis, beliau menegaskan: “Antara mereka ada yang tidak menghafaz al-Quran dan tidak mengetahui rukun-rukun solat. Maka mereka semua menyibukkan diri dengan fardhu kifayah dan mengabaikan fardhu ain. Mereka mengutamakan perkara yang tidak penting berbanding perkara yang penting. Ini merupakan antara tipu daya iblis”. [Ibn al-Jauzi. Talbis Iblis, jil.1, hlm. 104]
Wallahu a'lam.
Sambungan di siri - 2
http://solleh-alfatimi.blogspot.my/2016/08/oleh-abu-mujahid-mohd-solleh-ab-razak.html
Sambungan di siri - 2
http://solleh-alfatimi.blogspot.my/2016/08/oleh-abu-mujahid-mohd-solleh-ab-razak.html
Catat Ulasan